CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Wednesday, September 9, 2009

JazakaAllah ASMUM 08/09

Salam Perjuangan....
Salam Ramadhan...

Pejam celik, pejam celik, sudah setahun berlalu. Penghidupan semula Angkatan Siswa/i Sains Muslim Universiti Malaya (ASMUM) dengan Ydp pertama zaman 'renainsance' saudara Zulkamal (saya lebih mesra memanggilnya 'abe') telah berhempas pulas serta membanting tulang dalam menghidupkan kembali gerakan ini.

Untuk sejarah, nanti lain episod saya ceritakan. Namun, secara peribadinya ASMUM merupakan persatuan pertama yang melatih saya sebagai pemimpin. Tawaran dari Abe Zulkamal pada 6 Ramadhan 1429H merupakan detik yang perlu menjadi titik tolak perubahan dalam diri ini. Tawaran yang dibuat secara tergesa-gesa tersebut diterima dengan hati yang redha. Terkenang sejenak, setelah bergelar mahasiswa UM (first year lagi) selama sebulan lamanya, timbul rasa iri hati terhadap rakan-rakan lain seperti Mujahid, Fahmy, Fahmi, Muzzamil yang 'busy' memanjang. Perlantikan sebagai exco Sukan dan Rekreasi tampak mudah namun, tanpa pengalaman semuanya 'collapse'

Kegagalan mencari 'ajk bawah' menjadi kritikan hangat dari orang atasan tatkala Karnival Sukan yang dirancang dengan hanya '2 otak' sekadar angan-angan. Saya sedar akan kekerdilan diri ini dan perlu bangkit dari bawah. Nasihat dan tasji' dari abe Zulkamal yang tak berputus asa memantau pergerakan diri ini menjadi inspirasi. Sikap 'mental-block' adalah perkara pertama yang perlu diatasi.

Beberapa aktiviti berjaya dilaksanakan yang dikelolai oleh saya sendiri. Bermula dengan "Santai Ceria ASMUM" di Tasik Perdana, yang terbaru sebelum melepaskan jawatan saya untuk sesi 08/09, Alhamdulillah "Hari Interaksi 09" dilangsungkan dengan jayanya.

28 Ogos 2009 merupakan tarikh AGM ASMUM untuk kali ke-2. Dengan kehadiran 'ngam-ngam' 40 orang, majlis tersebut berjaya mencapai objektif. Tahniah dan takziah diucapkan kepada pimpinan yang baru ditaklifkan, diharap dengan bertukarnya pimpinan, sesuatu yang baru akan muncul dalam perjuangan ini.

Jalan ini tidak akan senang. Jalan yang kita lalui penuh mencabar, akan ada cobaan yang datang melanda. Kepada sahabat seperjuangan, Muzze,Farzilayati dan hayati serta Exco-exco baru, di harap memahami apa itu maksud 'SUNNAH ORANG BERJUANG'. Ingatlah, kita bukan bawa nama ASMUM semata-mata. Kita bukan memperjuangkan hak peribadi. Ini bukan tasyrif tapi AMANAH yang harus kita jaga. Sokongan dari sahabat-sahabat lain, dari fakulti lain (AKIUM, PSIPUM dan IPSUM), 'otai-otai' fak sains, dan sesiapa sahaje yang terlibat dalam gerakan seperti ini.

Buat pimpinan yang lama, jutaan terima kasih kami hamburkan. Bukan senang untuk menggerakkan sesuatu yang 'tidur'. Bukan mudah mendirikan sesuatu yang runtuh. Setiap titis keringat yang mengalir, moga mendapat redho dari ilahi. Kalungan pimpinan ini kami terima dengan hati yang tebuka. Kami akan lakukan sehabis baik, membina sesuatu yang kukuh diatas asas yang dipasak oleh anda.

Syukran jazilan buat semua.
Doakan kepimpinan kami.

Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang menciptakan dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain daripadanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.” (Al-Kahf : 13 – 14)

Sunday, July 19, 2009

Aku Kembali ke Za'ba

Salam Sejahtera
Salam 1Malaysia

Alhamdulillah.....
Dapat jugak aku menulis...
Perkongsian yang tak seberapa...
Namun, hati kerdil ini...
Masih mencari....
Teman yang takkan lapuk....

Sebelum ini aku pernah menulis "Za'ba RC-The Ghost College"...
Implikasi dari situ, boleh lah para pembaca sekalian meneka yang aku 'benci' kolej ini....
Pelik bin ajaib....
Aku masih 'stay' di sini....
Walau tidak kupingin berbuat demikian....
Tetapi terpaksa ku gagahkan hati menerima hakikat perjuangan ini...

5/7 2009....
tarikh ku masuk kembali ke Za'ba....
Setelah sekian lama asyik meng'usya' dari luar....
Alhamdulillah....
Dengan jaminan yang aku harapkan dari Allah....
Aku tiba di Za'ba dengan Yamaha Lagenda 110 (AFN ****)
Dengan berbekalkan beg galas, aku masuk ke kolej yang agak berubah wajah....
Ku sangka 'mapler'-kedai mamak yang aku selalu lepak-...
Namun, itulah dewan makn aku yang baru....
Berbagai nama ku dengar....
tapi, aku tetap labelkan sebagai MAPLER* (sila betulkan jika salah)

Sehari aku di kolej 'kesayangan'....
aku tengok, tiada ape perobahan yang ada...
cuma, budak 1st year yang aku tak pernah nampak sebelum ini...
yang mengejutkan.....
baru seminggu kenal (Haluansiswa), namun....
Aktiviti malam pertama aku tengok seperti sudah berumah tangga....
'couple' memenuhi setiap meja yang terletak dekat cafe....
ijtima' tanpa batasan anjuran mereka sungguh mnyebabkan hati aku terkilan....
inikah hasil Haluansiswa tajaan HEP?????
Aku bingung..........

Ya Allah.....
Inikah ujian yang aku perlu tempuhi??????
Inikah medan perjuangan yang aku minta selama ini??????
Inikah tempat di mana aku ingin membuktikan janjiku padaMu?????

Ya rabbi...
Kuatkan hati hambaMu ini....
Teguhkan hati aku dalam menyusuri jalan kearahMu....
Hindarkan aku dari segala anasir-anasir yang boleh memesongkan aku.....
Ubatilah hatiku ini Ya Allah.....

Ameen.....

Thursday, April 30, 2009

Habis Sudah Pengaian Ku di 1st Year

Friday, April 3, 2009

Dinner di Amjal










"Salam..dimaklumkan bahawa kepada semua ajk pelaksana sidana'09,
pada malam ini akan diadakan jamuan makan malam di aliCafe
pada jam 9.30 malam.
Semua dijemput hadir...
Harap Maklum
"








Begitulah pesana ringkas yg sampai kepadu ku pada petang jumaat tersebut




AJK pelaksan asidan yang aku sendiri pun x tahu berapa orang di jemput untuk meraikan jamuan yang 'gemilang' ini.








Begitu ringkas, jamuan yang di buat di restoran ala kadar iaitu Amjal Restaurant




berhampiran dengan U-turn pelik kL...




dekat je ngan UM








Kehadiran amatlah dibanggakan dengan




7 muslimin




&




4 muslimat




(ramai yang bz kot malam ni)








Walaupun di buat di restoran yg di label sbg satu setengah bintang




namun, ke'galak'an yang hadir amatlah memuaskan hati




us HAsbee,ABe Jak, Bro Muhaimeen,syazwan, fahmi, aliff n aku




menghangitkan suasana di lengkok mengelirukan itu..








Dengan modal yang dipegang oleh pengarah-uS hAbee-




Ktorg pun meng'order' lah beberapa elemen yang dari tadi menggelegak dalam kantung NaFSu








Ikan sIAkap yang dimasak PelIk, Sup TomYam, aIR SenDIri pnye n telur dadar




di samping makanan asasi umat M'sia iaitu nASi...




deNGan petua itik beREnang, kitorang pun terus membaham setiap hidangan yang sampai




tanpa memikirkan nasib orang lain








REzeki SaPE nAk tOlaK..




Apebile sume dah mcm Ulor SAwe,




masiH kuar lagi dAri bIBir manis pengarah




menyuruh untuk terus mengorder MakaNAn laIN..








FAhmi & akU ape lg,.....




deNGAn IdeA yg kering,




akhirnye kuar pesanan
GORENG UDANG CELUP TEPUNG




tp yang makan hanyalah 4 orang kerana kebanyakan nye allergy








SetelaH seJAm lebih duk mEngarut kt AmjAl




semua dh leTIh




Akhirnye, satu per satu meminta iZIn untuk bALik..




naMun ade calling dari sorang ajk yang x dapat datang..




mengirim satu menu yang spesel la jugak..




x pe la..




kite 'chUp' anGin die..








tHen,




seTElaH seLesAi sume HAL




dengan gaya reMPit kL






ktorang bLAh dari tempat itu




membawa haLuan masing2...
















Dinner di Amjal.

Wednesday, March 25, 2009

ASMUM BERSAMA PASUM...

DATANGLAH BERAMAI KE.....

FORUM:
PASUM: KE MANA SELEPAS INI?

TARIKH: 28 MAC 2009
TEMPAT: ADK1 PASUM

JAM: 8.30 MLM


AHLI PANEL:
1)PRESIDEN PSIPUM
2)PRESIDEN AKIUM
3)PRESIDEN ASMUM
(x-student PASUM)



MASUK ADALAH PERCUMA!!!!!!!




"ASMUM BERSAMA PASUM"

I'm COME bACk..

aSSALAMUALAIKUm sahabat2 yg dikasihi....
lame x post blog ni
cuti..
hmmm.
.

ade banyak idea
tp x dpt d kluarkan
npe ye??

ade banyak
mslh..
tp npe kte jd serabut dgn mslh ??


exam dh dkt..
stdy blum lg..
projek b'lmbk lg nk pg..
smpt ke teman nk naikkn pointer ni...


actualy aku bkn nye pnd b'kate2
nk menulis ni pun dh kantoi..
idea bnyk tp jam ble nk tlis..

so,
penutupnye...
nantikan lah post2 aku d kmdian hari..
insyaAllah akan b'tmbh seri la tmpt aku luah ilmu ni..

sekiannnnnnn.......

Friday, January 30, 2009

Dialog 2 kekasih yg KURENG!! serasi da...

Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku.Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??

Mu : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.

Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.

Mu : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.

Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!

Mu : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.

Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.

Mu : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji- janji manis yg bergerak secara rawak.

Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melaui proses pencaran dan perolakan.

Mu : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?

Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.

Mu: Adakah kita akan berpadu secara kimia?

Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.

Mu: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya.

Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.

Mu: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaye?

Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.

Mu: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.

Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.

Mu: Tapi, imanku adalah infiniti!

Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya dengan 6x10'23.(no Avagadro)

Mu: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.

Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.

Mu: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Kusangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian........

Monday, January 26, 2009

Za'ba RC : The Ghost City?

Fuh!!! Sunyi sesunyinye pd waktu ni...maklumlah,awl pg....pak guard yg kje ttp lmpu pn blum bgkit lg....Suasana cmni sememngnye di cintai oleh org2 cm aku ni..cewahh!! sbb (ade org ckp la) aku ni mat jwg,ske lyn prasaan....Btul ka??? Lu tgk, lu nilai,lu ade otak,lu pk la sndri ye..
Aku bkn ape,bkn mlyn prasaan@duk t'igt kt awek lme (buat2 ade la), bkn cm2... kkdg ak p jln sorg2 ke,dk sorg2 ke,tgk lgt,tgk bumi Allah ni,kkdg trse tng plak..ni nk bgtw pd yg xtw-pd yg tw snyp udh le nnt mlu aku-klo kte tgk lgt,kte akn jd tng,fkrn kte n ht kte insyaAllah akn hlg sgle keresahan n keserabutan yg ade...x cye?try la buat psni....
Tu bru muqqadimah..yg aku nk cte sbnrnye psl kolej aku,kolej kediaman ke7 atau kolej kediaman za'ba..di bwh pimpinan Prof Madya Dr Salleh Aman (ktorg pgl Pak Leh sbb beliau TERLALU 'kamcing' ngn stdnt2 kt cni) klj ini pnh dgn kntroversi....korg pn msti dh tw kn ape yg pnh b'lku d cni...so,ak xnk la nk hraikan lbh lnjut lg psl ni...kte straight 2 d point..ZASSS!!!!
Cuti Raye Cine yg berlgsg selama semggu,dh d isythr trus sgb mid term break (pndkn UM nk minimakn cuti), rmai stdnt mngmbil pluang terhdg utk plg ke kg hlmn, x kre jauh atau dkt..tp len bg aku...aku lbh ske tgl kt cni berbndg kt umh..npe ye??aku pn heran dgn prngai aku ni..hahaha...eniway,stelah bbrpa hari aku jd geng myet2 kt blkg klj aku 2, y smmgnye hri2 dk usya aku(nk mknn kot),tp aku x lyn,akhrnye aku dpt idea jgk nk tlis biografi kolej kesayangn aku ni (sbb aku pnh pkai bju I Love Za'ba).....
1st night aku melalui cti kt cni,fuh!!xde pape pn sbb aku di temani oleh sorg rkn yg mrantau jauh ke sni,menziarahi aku,aku bwk die p mkn (tp die y byr tuk aku),jljh klj,mgmpt psl tu psl ni, lst2 ak ajk die tgk bla kt dm, man u vs totenham...tp die dk surf internet...wktu ni la dlm pkl 2 kot aku bru mrasai ktngn kt cni...suasana ckp tng di temani kbus pg(kn dh pkl 2) dan diusik oleh bnyi unggas sesekali cengkerik...aku rse cm nk jerit je tp pk blk nt org cop aku histeria plak... aku tgk klj aku ni ade jgk yg mnrik iaitu SUNYI...kaum majoriti yg mgnp kt klj ni rta2 bdk 1st year n bdk2 ni (maaf ea klo skt ati), pntg ade cti mst blk pnye...dan ble hal ni berlaku maka kekosongan pd klj jge akn terjdi....kolej yg smemangnye sunyi mnjd sepi apble tbenye hri cti.. inilah yg mnyeramkan sestngah org....makcik n pakcik sbh/srwk pn blk dowh...
Jd tema pd blog aku ni adelah sunyi..hehehehe..mgikut crite dri senior2 aku,klj ni mmg rmai x ske..bermla dgn pemerintahan rejim salleh aman yg membwa dasar membuang pljr2 seni n m'prbykkan pljr2 sukan-tp sukmum hampeh jgk-membuatkan org mngmbil tndkn utk berambus dri klj ini...dgn facilities yg ckp mngecewakan n area yg sempit,dasar yang berunsur penindasan ttp diteruskan oleh pak leh dgn sewenang-wenang nye mngmbil duit stdnt tnpe pngtahuan...lbh prh apeble,ade stdnt yg mgdu wang dlm akaun banknye srut bak air bah kt kg aku aritu...ditambah lg dgn yrn yg ckp membebankan d ckp membebalkan,msh ade lg idea pakleh ini yg ingn menaikkn yuran mkn yg skrg ni pd thp RM6.50 stiap pljr kpd hrga yg lbh tinggi-ats alsn hrga brg yg mngkat-...aduss,mmg sah org tua ni x pnd mngira...xckp lg ke dgn duit yg korg tpu,mse haluansiswa dgn mdhnye mmntak RM100 sorg dri setiap freshie..nk wkpe la duit byk2 ni....tgk xde pape perubhan pn kt za'ba 2....ttp hdh n myramkan..prgrm bdk pn kau x tlg...juz sign srt yg ade nme Salleh Aman je...duit kn cri sndri...sakit parok ni boh...
aku rse stkt ni je la aku nk cte psl klj berhantu ni...bkn hantu btul tp ade m'nusia yg lpe jd hntu n sft klj ni yg mcm hntu...ak xtw ape yg berlku pd mse akn dtg..klo pngtua cni msh sme n msh mlkukan tndkn yg sme,myb xde org kot yg akn trus stay kt cni....mmg akn btul2 snyi la psni whai Za'bahan...aku sarankan kpd wkl2 rkyt yg mng pd prk yg lps,hrp dpt bkk mta,klo yg pkai spek 2 pg tmbh pwer klo xnmpk,hrp dpt peka la ape yg berlku kt klj2 kediaman UM ni..bru btul we unite 4 UM...Klo nk bktikan kwibawaan anda,cdgkn trus pd NC,sngkrkan trus pengetua2 kolej @ pensyarah yg otknye kureng...bkn sgkrkan yg lgtg bersuare.....baru yolo STUDENT KITE POWER!!!!!!

Tentang diri...

Aduss...ni bab yg memenatkan aku..
m'ta'arufkan diri ku ini.....
ape ye aku nk ckp???
lantak la pape pn....jnj korang yg bce leh tka la spe insan hina ni..
huhuhuhu


aku mulakan name penuh ku iaitu, Nik shafi'in b Nik Man (mngkut i/c ni ye)
lahir kt tok jiring, ganu tp membsr kt mace qelate
pnh mendpt pnddkn di SMKA Falahiah n seterusnye berhjrh ke SMACH..
lps SPM,dgn result yg ckp mkn,aku msk ASASI UM..
then,lps asasi (skrg le) aku smbg bljr ke prngkt degree kt UM jgk, kt Fak Sains
dlm bidang sains pengurusan alam sekitar..
Tp aku skrg dlm
proses penukaran majoring iaitu dri spas ke biohealth..
entah la dpt ke tak
Harap2 dpt.. sbb klo ikut mnt n prestasi smse I'Allah blehh...
Aku dh goreng abis2 dh dlm surat permhonan 2....
Korang pn tlg la doakan agr aku dpt cte2 aku ni..
lbh krg cte PEROBAHAN jgk la....



emmm..
setakat je la kot aku bleh bgtw psl aku ni..
klo nk lbh buat la interview nnt..
hohohohoho...
klo x puas hati,p la cri aku kt 7th..
kte jmpe kt sempang..

OK...Assalamualaikum.....

Thursday, January 22, 2009

Ahlan Wasahlan Wamarhabanbikum....

Assalamualaikum.....
Selamat datang ke blog ini...masih baru masih fresh
Segala kritikan dan komen adalah perlu demi membina kemantapan penulisan hamba ini...