CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Wednesday, September 9, 2009

JazakaAllah ASMUM 08/09

Salam Perjuangan....
Salam Ramadhan...

Pejam celik, pejam celik, sudah setahun berlalu. Penghidupan semula Angkatan Siswa/i Sains Muslim Universiti Malaya (ASMUM) dengan Ydp pertama zaman 'renainsance' saudara Zulkamal (saya lebih mesra memanggilnya 'abe') telah berhempas pulas serta membanting tulang dalam menghidupkan kembali gerakan ini.

Untuk sejarah, nanti lain episod saya ceritakan. Namun, secara peribadinya ASMUM merupakan persatuan pertama yang melatih saya sebagai pemimpin. Tawaran dari Abe Zulkamal pada 6 Ramadhan 1429H merupakan detik yang perlu menjadi titik tolak perubahan dalam diri ini. Tawaran yang dibuat secara tergesa-gesa tersebut diterima dengan hati yang redha. Terkenang sejenak, setelah bergelar mahasiswa UM (first year lagi) selama sebulan lamanya, timbul rasa iri hati terhadap rakan-rakan lain seperti Mujahid, Fahmy, Fahmi, Muzzamil yang 'busy' memanjang. Perlantikan sebagai exco Sukan dan Rekreasi tampak mudah namun, tanpa pengalaman semuanya 'collapse'

Kegagalan mencari 'ajk bawah' menjadi kritikan hangat dari orang atasan tatkala Karnival Sukan yang dirancang dengan hanya '2 otak' sekadar angan-angan. Saya sedar akan kekerdilan diri ini dan perlu bangkit dari bawah. Nasihat dan tasji' dari abe Zulkamal yang tak berputus asa memantau pergerakan diri ini menjadi inspirasi. Sikap 'mental-block' adalah perkara pertama yang perlu diatasi.

Beberapa aktiviti berjaya dilaksanakan yang dikelolai oleh saya sendiri. Bermula dengan "Santai Ceria ASMUM" di Tasik Perdana, yang terbaru sebelum melepaskan jawatan saya untuk sesi 08/09, Alhamdulillah "Hari Interaksi 09" dilangsungkan dengan jayanya.

28 Ogos 2009 merupakan tarikh AGM ASMUM untuk kali ke-2. Dengan kehadiran 'ngam-ngam' 40 orang, majlis tersebut berjaya mencapai objektif. Tahniah dan takziah diucapkan kepada pimpinan yang baru ditaklifkan, diharap dengan bertukarnya pimpinan, sesuatu yang baru akan muncul dalam perjuangan ini.

Jalan ini tidak akan senang. Jalan yang kita lalui penuh mencabar, akan ada cobaan yang datang melanda. Kepada sahabat seperjuangan, Muzze,Farzilayati dan hayati serta Exco-exco baru, di harap memahami apa itu maksud 'SUNNAH ORANG BERJUANG'. Ingatlah, kita bukan bawa nama ASMUM semata-mata. Kita bukan memperjuangkan hak peribadi. Ini bukan tasyrif tapi AMANAH yang harus kita jaga. Sokongan dari sahabat-sahabat lain, dari fakulti lain (AKIUM, PSIPUM dan IPSUM), 'otai-otai' fak sains, dan sesiapa sahaje yang terlibat dalam gerakan seperti ini.

Buat pimpinan yang lama, jutaan terima kasih kami hamburkan. Bukan senang untuk menggerakkan sesuatu yang 'tidur'. Bukan mudah mendirikan sesuatu yang runtuh. Setiap titis keringat yang mengalir, moga mendapat redho dari ilahi. Kalungan pimpinan ini kami terima dengan hati yang tebuka. Kami akan lakukan sehabis baik, membina sesuatu yang kukuh diatas asas yang dipasak oleh anda.

Syukran jazilan buat semua.
Doakan kepimpinan kami.

Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang menciptakan dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain daripadanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.” (Al-Kahf : 13 – 14)

0 comments: